tekan sini!

Thursday, June 21, 2012

Kisah Isra' Mikraj

Assalamualaikum semueeee...terkejuk kee, aku tahu lah kau terkejuknyee punn :P

Apa habaq? sehat naa? mudah2an sehat2 selalu...tak sehat, doa n makan ubat oke :)

Kali nie, nk tulis entri pasal isra' mikraj....Haaa, hangpa suma tau tak isra mikraj tu ape?

Isra' tue adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Mikraj pula adalah Nabi Muhammad diangkat ke Sidratul Muntaha di mana baginda mendapat perintah menunaikan solat dari ALLAH swt.

Orang selalu cakap, solat itu tiang agama, solat itu penting. Oke, solat memang penting. Saaangat penting, di mana perintah untuk solat itu diberikan direct dari ALLAH ke nabi Muhammad. Kalau perintah2 lain seperti menunaikan zakat, berpuasa itu, ia datang melalui wahyu. Tapi solat nie spesel sebab dari ALLAH sendiri. Direct. Jadi, tunaikan la solat oke. Jaga solat.

Kisahnya, sebelum kisah isra' mikraj, nabi Muhammad mengalami apa yang dipanggil Tahun Kesedihan. Nak tau kenapa? Sebab, masa tue, baginda kehilangan orang yang disayanginya. Dia kehilangan isterinya tercinta. Nabi Muhammad juga kehilangan bapa saudaranya yang banyak melindungi baginda dari kaum Quraisy. Disebabkan bapa saudara nabi, Abu Talib sudah meninggal dunia, makin galak la kaum kafir Quraisy membuli baginda. Tambahan lagi, ketika itu, wahyu dah lama tak turun. Ramai kafir Quraisy ketika itu mengejek2 baginda, mengatakan ALLAH telah meninggalkan baginda.

Tapi mereka salah. ALLAH ketika itu menguji baginda. Ujian yang bagi saya, sgt berat, sebab, ye lah, kehilangan isteri, bapa saudara, lepas tu tiada khabar wahyu yang boleh menguatkan semangat diri. Nabi Muhammad tak putus2 berdoa, dan bersabar. Akhirnya datanglah peristiwa isra' mikraj. Jadi, mengikut ceramah yang saya ikuti dulu, pengisiannya, bila kita lihat ada kawan atau saudara kita bersedih, atau kita bersedih, bawa lah berjalan2, jangan biar terperuk dalam bilik. Sebab hikmah nya bila berjalan, kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH. Mendengar zikir2 alam. Menenangkan fikiran kita.

Selain itu, kalau kita rasa sedih, bersabar lah. Doa dan bersabar. Kerana kesedihan, kesusahan itu adalah ujian dari ALLAH swt. Saya suka sangat surah al-Insyirah nie, dan kalau bersedih, banyakan baca al Insyirah dan hayati maknanya:
(credit http://www.guidedways.com/chapter_display.php?  chapter=94&translator=11&mac=&show_arabic=1)
1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


"Ingatlah, ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani, Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya"

-Muaz-

No comments:

Post a Comment