tekan sini!

Thursday, June 21, 2012

Irene Nadia : Blogger cantik.


Assalamualaikum w.b.t,

Hye Malaysia! Aicece gembire je hari ni. Baru lepas usha blog perempuan cantik. Memang Subhanallah cantik. Entah kenape. I prefer untuk tengok perempuan cantik dari lelaki hensem. Serious. Kalau lelaki hensem tu. Macam tak minat je nak tgk. Masalah hormon mungkin? Tapi rasenye takdela weird sangat. Perempuan mmg suke tengok perempuan cantik kot. Contohnye kawankawan saye yang suke tgk perempuan cantik adelah seperti berikut.

 1) Siti Noratiqah.
*cik tiqa yang extremely cantik lagi bijak pandai ditambah comel secukup rase*

2) Che Fadhilah.

3) Fatin (me)

Oke tu dua orang gadis yang suke tengok perempuan cantik (yang da terkantoi dengan saye la. Percayelah. Ramai lagi perempuan mempunyai hobi sebegini rupe. Kiki) Yang due orang kawan saye tu. diorang pun canteq wallaweyh. Mungkin mahu menggilap lagi kecantikan? Hihi. Oke back to perempuan cantik tu kan. Name die Irene Nadia. 

First time saye usha die mase final exam aritu. ingat lagi tgh stress belajar satu hape tak masuk. Gy la bilik Che Fadhillah. Die pun bukak lah blog Irene ni. So I pun usha la. Cantik weyh. Putih, kurus, bertudung, manis. Nyiaw! Hihi. Lepas tu love story die pun best. 


Irene Nadia ni da tunang da. Die mude remaje lagi. Dalam umur 20 tahun rasenye. Lagy seminggu nak menikah dah. (Melepas kaum adam. Hihi) Betuah bakal husband die. Bakal husband die ni Photographer. Handsome jugak kan. Sme padan same cantik same handsome. Die ade la cite macammane die cuak nak bagitau ayah die yang die nye relationship macam da get serious. Ah go n read sendiri. Best la jugak. Hihi



Gamba ni cantik kan? Tu irene la tu. Die pandai jahit weyh. Baju tu die la produce. Supercantik! (ade byk kaler. Tapi black kot yang cantik. Hihi) Pergh. Betuah bakal suami. Dahlah cantik. Pandai jahit plak. Eh siape nak beli baju ni die ade jual. RM175. Korang boleh tengok la kat page die. Ade size ape bagai. Beli lah. Cantik. Nak raye da pun. Plus sopan kan. Material pun macam mantap je. Kiki (I takleyh beli lagi. Tunggu lagi 2 tahun. Da keje. Hihi)


Ni buku pasal love story die. Comel lagi sweet. (Ps: Muaz nak macam ni jugak :p Tapi harapan la. Dua dua bizi plus tidak kreatif langsunglangsung. HAHA) Tapi comelkan. Sweet la kan die print fb2 mase 1st post mase bakal husband die ngorat. Nyiaw! Hihi. Bende2 macamni. Best die bile dah kawen ade anak cucu. Lepas tu re-read to them. Mesti macam "wooooowww". Hihi. Takpun. Mase gaduh. Re-read and boleh remember how deep we love each other kan.

Oke enuff la about Irene Nadia. Marilah kite berdoa agar kite menjadi macam Irene Nadia yang cun, cantik, sopan, dan segale bende positive yang die ade (haha boleh ke macam iniiiii) Semoge Irene bahagia bersame pasanganlah ye.

Ps- cun kan die? kan kan kan?
Pss- mase kitorang usha die. ade sorang kawan datang and cakap "ey. behenti la tgk perempuan perfect. Kite ni pharmacist. Takde harapan nak jahit2 baju design2 ape bagai. Keje kite tu melambak ha dengan orang sakit tu ha. Irene tu cantik. Padanla dapat photographer. Entah2 die tu fashion designer. Kite ni pharmacist, sesuai dapat radiographer je. Baru sesuai." CIS SUNGGUH. Pelamin anganku musnah. *dush*


Kisah Isra' Mikraj

Assalamualaikum semueeee...terkejuk kee, aku tahu lah kau terkejuknyee punn :P

Apa habaq? sehat naa? mudah2an sehat2 selalu...tak sehat, doa n makan ubat oke :)

Kali nie, nk tulis entri pasal isra' mikraj....Haaa, hangpa suma tau tak isra mikraj tu ape?

Isra' tue adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Mikraj pula adalah Nabi Muhammad diangkat ke Sidratul Muntaha di mana baginda mendapat perintah menunaikan solat dari ALLAH swt.

Orang selalu cakap, solat itu tiang agama, solat itu penting. Oke, solat memang penting. Saaangat penting, di mana perintah untuk solat itu diberikan direct dari ALLAH ke nabi Muhammad. Kalau perintah2 lain seperti menunaikan zakat, berpuasa itu, ia datang melalui wahyu. Tapi solat nie spesel sebab dari ALLAH sendiri. Direct. Jadi, tunaikan la solat oke. Jaga solat.

Kisahnya, sebelum kisah isra' mikraj, nabi Muhammad mengalami apa yang dipanggil Tahun Kesedihan. Nak tau kenapa? Sebab, masa tue, baginda kehilangan orang yang disayanginya. Dia kehilangan isterinya tercinta. Nabi Muhammad juga kehilangan bapa saudaranya yang banyak melindungi baginda dari kaum Quraisy. Disebabkan bapa saudara nabi, Abu Talib sudah meninggal dunia, makin galak la kaum kafir Quraisy membuli baginda. Tambahan lagi, ketika itu, wahyu dah lama tak turun. Ramai kafir Quraisy ketika itu mengejek2 baginda, mengatakan ALLAH telah meninggalkan baginda.

Tapi mereka salah. ALLAH ketika itu menguji baginda. Ujian yang bagi saya, sgt berat, sebab, ye lah, kehilangan isteri, bapa saudara, lepas tu tiada khabar wahyu yang boleh menguatkan semangat diri. Nabi Muhammad tak putus2 berdoa, dan bersabar. Akhirnya datanglah peristiwa isra' mikraj. Jadi, mengikut ceramah yang saya ikuti dulu, pengisiannya, bila kita lihat ada kawan atau saudara kita bersedih, atau kita bersedih, bawa lah berjalan2, jangan biar terperuk dalam bilik. Sebab hikmah nya bila berjalan, kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH. Mendengar zikir2 alam. Menenangkan fikiran kita.

Selain itu, kalau kita rasa sedih, bersabar lah. Doa dan bersabar. Kerana kesedihan, kesusahan itu adalah ujian dari ALLAH swt. Saya suka sangat surah al-Insyirah nie, dan kalau bersedih, banyakan baca al Insyirah dan hayati maknanya:
(credit http://www.guidedways.com/chapter_display.php?  chapter=94&translator=11&mac=&show_arabic=1)
1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


"Ingatlah, ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani, Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya"

-Muaz-

Pengalaman melihat jenazah dimandikan dikafankan di kebumikan.


Assalamualaikum w.b.t,

Selamat petang! (oke kali ni Cik Fatin yang tulis bukan Encik Muaz yang suke loyar buruk tu. Hihi). Hari ni nak cerite pasal. "Mati itu PASTI" Im not ustazah or alim ulamak nak cerite pasal mati or ceramah agame to people. But this thing happend. And buat saye realize.

Well, semue orang tau. Yang hidup itu, akan mati. Pasti mati. Tidak terkecuali. Korang anak menteri ke, atuk menteri ke, cucu menteri ke, ke korang tu menteri. Mati itu pasti datang. Semue orang tau fact ni. Orang cina ke india ke belande ke. Semue orang tau yang setiap individu itu akan mati. Tapi, sejauh mane kite fikir tentang fact ni? Untuk saye, i know, that manusia akan mati. Tapi takat tu je lah my grey matter function. Takde fikirfikir dah. Macam ade traffic jam plak sampai tak fikir kesinambungan hidup dan mati. Ape jadi and all.

Sampai la few days back (hari ahad), dalam 2 pagi, we got phone call that our Wah (kakak ayah saye) meninggal dunia. Mase tu, pukul 12 malam tu kitorang baru sampai Port Dickson (rumah kakak ipar) sebab kitorang holiday satu family dekat Pulau Tioman. So lepas subuh, kitorang pergi ke masjid UPM, sebab jenazah dimandikan and dikafankan disitu. Mungkin Allah nak tunjuk dekat saye. I watched dari A to Z macammane jenazah tu dimandikan and dikafankan (my mom mandikan jenazah w ade makcik2 keluarge belah perak and yong).

Bile berdiri dekat kepale jenazah, mase dimandikan, sebenane nak lembik kepale lutut. Tapi, i just stand still and tengok. Orang mandikan jenazah. Slowslow. Pelahanpelahan. Takut jenazah sakit. Sayu tengok mase ni. Jenazah kaku. Kaku yang tidak bergerak langsung. Lemah tiade ape2. Siape kite dekat dunia ini, setinggi mane kite dekat dunia ni, sebesar mane pangkat kite dekat dunie. Habis. Kosong. Terbaringlah anda disitu. Kaku. Berseorang. Tanpe kerete besar korang tu, Tanpe pangkat yang kite julang julang tu, Tanpe baju cantik yang korang sebok tunjuk dekat orang ramai tu atau pun galaxy note yang korang idamidankan tu (ha ni tempek kat diri sendiri). Habis. Zero. Kosong. Mase tu yang kite bawak, AMAL dan DOSE. Jika banyak amalan yang kite bawak bekalan untuk diri sendiri. Make tergolong lah kite dalam kalangan orang yang beruntung. Make berbahagialah kite di alam barzakh dan alam akhirat. Tapi kalau bekalan yang kite bawa tu penuh dengan dosa. Oh no. Mase fikir ni. I stand still depan jenazah. Rase nak pengsan.

Lepas tu, mase jenazah dimandikan. Mereke alas dengan kaen supaye kite tak nampak aurat jenazah. Tak terdedah aurat jenazah. Kite tau semue ni. Ustazah sekolah rendah ajar kite sepuluh kali da. Korang ambik exam sekolah agame tu pun da puas dapat A. Tapi, bile come the time like u really2 tengok bende ni. Rase macam. Nak nangis. Jenazah pun dijage auratnye. Kite yang hidup. Nak jage aurat. Tak payah pasal aurat lagi la. Nak pakai tudung pun malasmalas. Mase ni rase bersalah. Rase berdose. Ingat lagi mase mule mule pakai tudung, panas lah, tak cantekla. Macam macam. Ya Allah, ampunkan lah aku.

Oke. lepas da mandi. Nak kafan kan. Jenazah tu dibalut dengan kain putih berlapis lapis. Mase ni ade bau jenazah. Sebab kite mandikan jenazah dengan air macam2 kan. Keadaan dekat situ. Sunyi. Sepi. Kadang2 ade la dengar esakan2 orang nangis. Dengan bau jenazah yang lain dari bau manusia. Jadi rase perasaan macam. Ya Allah. Real nye mati ni. Rase macam nak nangis.Tengok mayat tu dikafankan dengan kain putih. Memang janji ALLAH itu benar. Janji RASUL itu pun benar. Segala apa yang kamu kumpul didunia ini. Akan kamu tinggalkan. Yang kite bawa. Amal kebaikan dan dosa dosa kite. Can u just imagine. Even kain yang membaluti badan kite tu. Kain putih yang takde jename tu. Nak bawak kain yang ade corak2 yang jual kat masjid india tu pun tak boleh. Apetah lagi kerete, rumah, harte, bantal busuk, handphone. Semue kite tinggalkan. Habis semue. Habis. Yang kite kejar kejar kat dunia ni. Tak bawak satu hape pun. Aaa nak pengsan again. Ni la orang kate. Ade akal tapi tak gune. Yang pasti itu akhirat. Yang sementare itu dunia. Tapi. Ape kite buat? Kejar dunia? Oke malu. :(

Lepas tu sebelum jenazah tu ditutup mke die. Diorang panggil utk cium jenazah. Mase saye cium dahinye. Sejuk. Tengok bibir jenazah. Biru. Theres no more blood circulating beb. No more heart pumping. Flat. Habis. Mase tu saye pegang dade saye. Still beating. Terus cakap alhamdulillah. Ni la antare nikmat yang Allah bagi. Yang kite selalu lupe. Hidup. Mcammane kite leyh lupe ni. Argh stres! Lepas tu. Jenazah disembahyangkan. Mase tu tengiang2 ustazah pesan kecik2 "sembahyanglah kamu. sebelum kamu disembahyangkan" weyh real weyh. Jenazah tu kat depan. Kite sembahyang kat die. Cube korang bayang kan kalau kat dunia ni. Tak solat. Sekali mase orang tgh sembahyang kan korang. Korang mesti macam. AKU NAK SOLAT. BANGUNKAN AKU. TOLONGGG! Lepas tu datang malaikat libas dalam kubur sebab tak solat. Oh disaster. Time ni pun rase macam nak pengsan lagi. Oke lepas ni nak jage solat, bace elok elok, jage aurat. Slow2. I want to be better. Maybe tak sebaik orang lain. Tapi kite kene cube. Allah tak tengok hasil akhir. Allah tengok care kite ke jalan akhir. Semoge setiap langkah kite diberkati.

Lepas tu jenazah dibawa ke perak. Sebab kakak ayah saye orang perak. Means ayah saye pun orang peraklah. Means saye pun orang perak lah. Tu suke makan durian. Ikut ayah. Hee. Then sampai dekat Perak. Memang da ramai la sedare mare berjubah hitam. Berhidung merah (sebab nangis). Bile tengok ramai orang nangis. Betuahnye wah. Ramai orang sayang wah. Kite nanti? de tak orang nak nanges utk kite? nak doakan kite? Oke lepas tu pegy kubur. Jenazah dikebumikan. Kecil je kubur tu. Tak kisah la kat dunia ni korang rumah banglo ke, rumah papan ke. Kubur tu akan besar tu je. Jike banyak amalan kite. Yang kecil itu kite akan rase luas. Tapi kalau dose yang kite bawak? Nausubillah. Bile dikambus mayat. Make terputus lah segalenye. Berseoranglah jenazah di alam barzakh meninggalkan kesayang kesayangan nye didunia.

Lepas tu imam datang membacekan talkin. Untuk mendoakan jenazah sambil mengingatkan kite yang hidup. Supaye kite bangun dari mimpi kite. Dari lena kite. Supaye kite lebih "berakal" dalam membuat keputusan lepasni. Same ade memilih dunia sementare. Ataupun akhirat yang selamanye. Mase talkin dibace. Mengalir air mate, Serious dari mule tadi tahan. Bile talkin dibace. Sedih. Sedih dengan diri sendiri. Sedih dengan 22 tahun hidup ni. Rase banyak dose. Dalam mase yang same. Takut. I paste the talkin oke. Semoge kite boleh bace. Dan remember. Dan think about it


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin zaiqatul maut”




Sampai sini je post hari ni. As i said. Saye bukan ustazah. Tapi ape salahnye saling mengingati. Untuk berpesan pesan kepade kebenaran. Tak perlu nak jadi ustazah dulu baru nak saling mengingati. I am dalam proses memperbaiki diri. Pelahan lahan. May Allah helps me. May Allah helps all of us. So dekat sini, saye mintak maaf jugak kalau saye ade buat salah dekat korang. Semoge kite same2 menuju syurga Allah. Amin :)

Ps: gamba kubur kat atas tu gambar kubur ayahanda saye. Alfatihah to kamarul Zaman bin Abdul Razak.