tekan sini!

Thursday, June 21, 2012

Kisah Isra' Mikraj

Assalamualaikum semueeee...terkejuk kee, aku tahu lah kau terkejuknyee punn :P

Apa habaq? sehat naa? mudah2an sehat2 selalu...tak sehat, doa n makan ubat oke :)

Kali nie, nk tulis entri pasal isra' mikraj....Haaa, hangpa suma tau tak isra mikraj tu ape?

Isra' tue adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Mikraj pula adalah Nabi Muhammad diangkat ke Sidratul Muntaha di mana baginda mendapat perintah menunaikan solat dari ALLAH swt.

Orang selalu cakap, solat itu tiang agama, solat itu penting. Oke, solat memang penting. Saaangat penting, di mana perintah untuk solat itu diberikan direct dari ALLAH ke nabi Muhammad. Kalau perintah2 lain seperti menunaikan zakat, berpuasa itu, ia datang melalui wahyu. Tapi solat nie spesel sebab dari ALLAH sendiri. Direct. Jadi, tunaikan la solat oke. Jaga solat.

Kisahnya, sebelum kisah isra' mikraj, nabi Muhammad mengalami apa yang dipanggil Tahun Kesedihan. Nak tau kenapa? Sebab, masa tue, baginda kehilangan orang yang disayanginya. Dia kehilangan isterinya tercinta. Nabi Muhammad juga kehilangan bapa saudaranya yang banyak melindungi baginda dari kaum Quraisy. Disebabkan bapa saudara nabi, Abu Talib sudah meninggal dunia, makin galak la kaum kafir Quraisy membuli baginda. Tambahan lagi, ketika itu, wahyu dah lama tak turun. Ramai kafir Quraisy ketika itu mengejek2 baginda, mengatakan ALLAH telah meninggalkan baginda.

Tapi mereka salah. ALLAH ketika itu menguji baginda. Ujian yang bagi saya, sgt berat, sebab, ye lah, kehilangan isteri, bapa saudara, lepas tu tiada khabar wahyu yang boleh menguatkan semangat diri. Nabi Muhammad tak putus2 berdoa, dan bersabar. Akhirnya datanglah peristiwa isra' mikraj. Jadi, mengikut ceramah yang saya ikuti dulu, pengisiannya, bila kita lihat ada kawan atau saudara kita bersedih, atau kita bersedih, bawa lah berjalan2, jangan biar terperuk dalam bilik. Sebab hikmah nya bila berjalan, kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH. Mendengar zikir2 alam. Menenangkan fikiran kita.

Selain itu, kalau kita rasa sedih, bersabar lah. Doa dan bersabar. Kerana kesedihan, kesusahan itu adalah ujian dari ALLAH swt. Saya suka sangat surah al-Insyirah nie, dan kalau bersedih, banyakan baca al Insyirah dan hayati maknanya:
(credit http://www.guidedways.com/chapter_display.php?  chapter=94&translator=11&mac=&show_arabic=1)
1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


"Ingatlah, ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani, Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya"

-Muaz-

Pengalaman melihat jenazah dimandikan dikafankan di kebumikan.


Assalamualaikum w.b.t,

Selamat petang! (oke kali ni Cik Fatin yang tulis bukan Encik Muaz yang suke loyar buruk tu. Hihi). Hari ni nak cerite pasal. "Mati itu PASTI" Im not ustazah or alim ulamak nak cerite pasal mati or ceramah agame to people. But this thing happend. And buat saye realize.

Well, semue orang tau. Yang hidup itu, akan mati. Pasti mati. Tidak terkecuali. Korang anak menteri ke, atuk menteri ke, cucu menteri ke, ke korang tu menteri. Mati itu pasti datang. Semue orang tau fact ni. Orang cina ke india ke belande ke. Semue orang tau yang setiap individu itu akan mati. Tapi, sejauh mane kite fikir tentang fact ni? Untuk saye, i know, that manusia akan mati. Tapi takat tu je lah my grey matter function. Takde fikirfikir dah. Macam ade traffic jam plak sampai tak fikir kesinambungan hidup dan mati. Ape jadi and all.

Sampai la few days back (hari ahad), dalam 2 pagi, we got phone call that our Wah (kakak ayah saye) meninggal dunia. Mase tu, pukul 12 malam tu kitorang baru sampai Port Dickson (rumah kakak ipar) sebab kitorang holiday satu family dekat Pulau Tioman. So lepas subuh, kitorang pergi ke masjid UPM, sebab jenazah dimandikan and dikafankan disitu. Mungkin Allah nak tunjuk dekat saye. I watched dari A to Z macammane jenazah tu dimandikan and dikafankan (my mom mandikan jenazah w ade makcik2 keluarge belah perak and yong).

Bile berdiri dekat kepale jenazah, mase dimandikan, sebenane nak lembik kepale lutut. Tapi, i just stand still and tengok. Orang mandikan jenazah. Slowslow. Pelahanpelahan. Takut jenazah sakit. Sayu tengok mase ni. Jenazah kaku. Kaku yang tidak bergerak langsung. Lemah tiade ape2. Siape kite dekat dunia ini, setinggi mane kite dekat dunia ni, sebesar mane pangkat kite dekat dunie. Habis. Kosong. Terbaringlah anda disitu. Kaku. Berseorang. Tanpe kerete besar korang tu, Tanpe pangkat yang kite julang julang tu, Tanpe baju cantik yang korang sebok tunjuk dekat orang ramai tu atau pun galaxy note yang korang idamidankan tu (ha ni tempek kat diri sendiri). Habis. Zero. Kosong. Mase tu yang kite bawak, AMAL dan DOSE. Jika banyak amalan yang kite bawak bekalan untuk diri sendiri. Make tergolong lah kite dalam kalangan orang yang beruntung. Make berbahagialah kite di alam barzakh dan alam akhirat. Tapi kalau bekalan yang kite bawa tu penuh dengan dosa. Oh no. Mase fikir ni. I stand still depan jenazah. Rase nak pengsan.

Lepas tu, mase jenazah dimandikan. Mereke alas dengan kaen supaye kite tak nampak aurat jenazah. Tak terdedah aurat jenazah. Kite tau semue ni. Ustazah sekolah rendah ajar kite sepuluh kali da. Korang ambik exam sekolah agame tu pun da puas dapat A. Tapi, bile come the time like u really2 tengok bende ni. Rase macam. Nak nangis. Jenazah pun dijage auratnye. Kite yang hidup. Nak jage aurat. Tak payah pasal aurat lagi la. Nak pakai tudung pun malasmalas. Mase ni rase bersalah. Rase berdose. Ingat lagi mase mule mule pakai tudung, panas lah, tak cantekla. Macam macam. Ya Allah, ampunkan lah aku.

Oke. lepas da mandi. Nak kafan kan. Jenazah tu dibalut dengan kain putih berlapis lapis. Mase ni ade bau jenazah. Sebab kite mandikan jenazah dengan air macam2 kan. Keadaan dekat situ. Sunyi. Sepi. Kadang2 ade la dengar esakan2 orang nangis. Dengan bau jenazah yang lain dari bau manusia. Jadi rase perasaan macam. Ya Allah. Real nye mati ni. Rase macam nak nangis.Tengok mayat tu dikafankan dengan kain putih. Memang janji ALLAH itu benar. Janji RASUL itu pun benar. Segala apa yang kamu kumpul didunia ini. Akan kamu tinggalkan. Yang kite bawa. Amal kebaikan dan dosa dosa kite. Can u just imagine. Even kain yang membaluti badan kite tu. Kain putih yang takde jename tu. Nak bawak kain yang ade corak2 yang jual kat masjid india tu pun tak boleh. Apetah lagi kerete, rumah, harte, bantal busuk, handphone. Semue kite tinggalkan. Habis semue. Habis. Yang kite kejar kejar kat dunia ni. Tak bawak satu hape pun. Aaa nak pengsan again. Ni la orang kate. Ade akal tapi tak gune. Yang pasti itu akhirat. Yang sementare itu dunia. Tapi. Ape kite buat? Kejar dunia? Oke malu. :(

Lepas tu sebelum jenazah tu ditutup mke die. Diorang panggil utk cium jenazah. Mase saye cium dahinye. Sejuk. Tengok bibir jenazah. Biru. Theres no more blood circulating beb. No more heart pumping. Flat. Habis. Mase tu saye pegang dade saye. Still beating. Terus cakap alhamdulillah. Ni la antare nikmat yang Allah bagi. Yang kite selalu lupe. Hidup. Mcammane kite leyh lupe ni. Argh stres! Lepas tu. Jenazah disembahyangkan. Mase tu tengiang2 ustazah pesan kecik2 "sembahyanglah kamu. sebelum kamu disembahyangkan" weyh real weyh. Jenazah tu kat depan. Kite sembahyang kat die. Cube korang bayang kan kalau kat dunia ni. Tak solat. Sekali mase orang tgh sembahyang kan korang. Korang mesti macam. AKU NAK SOLAT. BANGUNKAN AKU. TOLONGGG! Lepas tu datang malaikat libas dalam kubur sebab tak solat. Oh disaster. Time ni pun rase macam nak pengsan lagi. Oke lepas ni nak jage solat, bace elok elok, jage aurat. Slow2. I want to be better. Maybe tak sebaik orang lain. Tapi kite kene cube. Allah tak tengok hasil akhir. Allah tengok care kite ke jalan akhir. Semoge setiap langkah kite diberkati.

Lepas tu jenazah dibawa ke perak. Sebab kakak ayah saye orang perak. Means ayah saye pun orang peraklah. Means saye pun orang perak lah. Tu suke makan durian. Ikut ayah. Hee. Then sampai dekat Perak. Memang da ramai la sedare mare berjubah hitam. Berhidung merah (sebab nangis). Bile tengok ramai orang nangis. Betuahnye wah. Ramai orang sayang wah. Kite nanti? de tak orang nak nanges utk kite? nak doakan kite? Oke lepas tu pegy kubur. Jenazah dikebumikan. Kecil je kubur tu. Tak kisah la kat dunia ni korang rumah banglo ke, rumah papan ke. Kubur tu akan besar tu je. Jike banyak amalan kite. Yang kecil itu kite akan rase luas. Tapi kalau dose yang kite bawak? Nausubillah. Bile dikambus mayat. Make terputus lah segalenye. Berseoranglah jenazah di alam barzakh meninggalkan kesayang kesayangan nye didunia.

Lepas tu imam datang membacekan talkin. Untuk mendoakan jenazah sambil mengingatkan kite yang hidup. Supaye kite bangun dari mimpi kite. Dari lena kite. Supaye kite lebih "berakal" dalam membuat keputusan lepasni. Same ade memilih dunia sementare. Ataupun akhirat yang selamanye. Mase talkin dibace. Mengalir air mate, Serious dari mule tadi tahan. Bile talkin dibace. Sedih. Sedih dengan diri sendiri. Sedih dengan 22 tahun hidup ni. Rase banyak dose. Dalam mase yang same. Takut. I paste the talkin oke. Semoge kite boleh bace. Dan remember. Dan think about it


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin zaiqatul maut”




Sampai sini je post hari ni. As i said. Saye bukan ustazah. Tapi ape salahnye saling mengingati. Untuk berpesan pesan kepade kebenaran. Tak perlu nak jadi ustazah dulu baru nak saling mengingati. I am dalam proses memperbaiki diri. Pelahan lahan. May Allah helps me. May Allah helps all of us. So dekat sini, saye mintak maaf jugak kalau saye ade buat salah dekat korang. Semoge kite same2 menuju syurga Allah. Amin :)

Ps: gamba kubur kat atas tu gambar kubur ayahanda saye. Alfatihah to kamarul Zaman bin Abdul Razak.

Wednesday, June 20, 2012

Kisah Tauladan Saidina Umar AlKhattab Bersame Isteri BBeliau


Assalamualaikum!!

Jawab taw. Kalau tak jawab. Dose. Hihi. Oke this one was written by Muaz lame dah dulu. I re-blog it because i hide all the posts macam i bagitau dulu kan. Hee. Oke, selamat menjamu selere. Ps- ilike this story actually.  Muaz wrote :

Haa terkejuk lagi ke? Ke dah tak terkejuk punn adoiii :P Hari ni nak share cite pasal Saidina Umar al Khattab r.a dengan isteri dia. A good read. Kisah nie cik adik sayang dah pernah cakap. Hari nie nak share kat blog nie :)

"Seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. 

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."   
(taken from uncle.blogdrive.com)

Haaa, jadi kepada suami atau pun bakal suami, bersabar lah dengan karenah isteri. Diorang berleter bukan ape, nak meluahkan perasaan diorang. Yang penat, yang tak dapat spend masa untuk diri sendiri. So sabar dan dengar luahan diorang. Make them feel appreciated. Offer la untuk tolong. Walaupun tak banyak boleh tolong, at least the thought tue will let them know that you are listening to them and appreciate their help. Sekali sekala dapat duit lebih sikit, bawak la isteri pergy makan kat luar. Kat restoran romantik2 sikit macam Look Out Point Ampang ke, etc. Or bawak jalan2 ke :)

Kepada si isteri or bakal isteri, boleh hafal kisah nie dan ceritakan kat suami. Hehehe :)

Sorry kalau ada terkasar bahasa. Jangan lupa klik nuffnang sweetheart saya nie ye.

Sekian, wassalammm

-Muaz-