tekan sini!

Monday, January 28, 2013

Going Places: Malacca


Assalamualaikummmmm

:)

Apa khabar korang semua? Mudah2an sihat2 dan ceria2 selalu

Haaa, lama bena eden tak menulih di blog ini...ecewah speaking Negori pulak....demam lagu Apo Kono Eh Jang le ni :P

Oke, entry kali ni nak cakap pasal travel. Siapa di antara korang yg suke travel, angkat kaki! Hahaha :P Jangan diangkat betul2 nanti jatuh pulak

Last year I went to Melaka Bandar Bersejarah...pada siapa yang tak tahu, Melaka telah diiktiraf sebagai Bandar Bersejarah Dunia (World Heritage City) oleh UNESCO. Haaaa, gempak tu. Pengiktirafan ini menunjukkan betapa peranan Melaka sebagai bandar bersejarah yang memainkan peranan dalam timeline sejarah dunia. Kira bahasa simple, kalau lah Bumi ni ad timeline Facebook, Melaka akan ad beberapa post kt timeline tu. Haaa

World Heritage City - Melaka
Antara tarikan yang best kt Melaka adalah River Cruise sepanjang Sungai Melaka. It is a bit historic sebab selama nie kita belajar pasal sungai Melaka nie kan. Bagaimana perdagangan, ada sistem Shahbandar etc. Kiranya zaman dulu, Sg Melaka nie lah the Curve, Ikano, Ikea zaman sekarang. Cewahh, hiperbola di situ.

Bokeh skittt :)


River Cruise di waktu malam. Cantik kan? :)


River Cruise waktu siang. Kat hutan kecik tepi tu banyak monyet :P
River Cruise nie adalah inisiatif kerajaan neger Melaka sebab sebelum nie, belakang2 kedai menghadap ke arah Sungai Melaka. Meaning that, sungai nie tak cantik, dan jadi macam lorong belakang rumah tu (faham2 je la). Tapi kerajaan negeri Melaka telah melancarkan pelan dan belakang2 kedai ni dijadikan depan kedai, and I saw some kopitiam yg jadikan tpt diorg macam riverside nye cafe. So, win-win situation. Salute kerajaan negeri Melaka! (even though I am not from Melaka, tp respek la dgn effort diorang ni)

Oke, dari River Cruise, kita ke Kampung Morten. Haa, korang taw tak Kampung Morten ni ape? Kampung Morten nie adalah penempatan terancang utk penduduk Melaka pada era pemerintahan British yang diketuai seorang pegawai British yang bernama J.F Morten. Haa, dekat sini terasa macam kampung, sebab rumah2 diorang memang cantik. Rumah2 tradisional yang daripada kayu tu. My mom memang berkenan tempat ni sebab mengingatkan beliau pada zaman dulu2. Yelah, sekarang nak buat rumah kayu nak duduk sendiri sangat mahal weihh. Harga kayu sangatlah mahal. Siapa yang nak merasa duk sini, boleh la duk homestay kat Kampung Morten. 

Yang duk kt tangga tu my mom la. Naseb baik tuan punya rumah takde hehehe :P
Rumah kampung tp pakai myvi tuhh. Kantoi ad kete. Ingat nk minta tuan rumah alihkan baru ambil gambar :P
Ini rumah kalau buat scene Jebat lawan Tuah pun syiok gak

Seperti biasa, Melaka juga dikenali dengan Kota Afamosa dan tempat2 bersejarah yang lain2. Below are some interesting pictures that I have taken:
Klasik gitu, rasa macam jalan2 dekat Europe pun ade hehe

Jangan salah faham ye, terambil gambar amoi2 sekali. X sengaje :P

Pejabar Pos...haa, sebab tulah peti pos warna merah (auta bukan fakta) hihi

Ada bakat tak jadi photographer hehehe

Antara bekas2 runtuhan kota AFamosa

So, itu je lah nak share. Bagi yang belum explore Melaka, sila lah ambil cuti yang lama macam Chinese New Year yg akan datang ni untuk melawat Melaka. Banyak lagi tempat2 menarik di Malaysia, semuanya di sini. Cuti - Cuti Malaysia (btw, tak dapat komisen apa2 taw...saje je nk promote Melaka hihi :) )

Sekian, wassalam and have a nice day

-Muaz-

No comments:

Post a Comment